Sunday 13 November 2011

syurga ke tiga ku


Sapaan kata meruntum jiwa
Itu budaya bukan auta
Berbunyi loceng, tergerak nya pintu mahligai teratak indah
Kaki melangkah bagai kan sepoi-sepoi angin bahasa tiada dengusan atau rungutan
Lantas melucutkan sejuta debu nista kota menghiasi indah ciptaan Tuhan membawa badan melangkah
Bukan ringgit jadi nilai
Bukan emas sanggup digadai
Sekadar persinggahan sementara menghapus lelah di kota
Mungkin hanya beralas bumi beratap langit tapi ku syukuri hari-hari yang Kau berikan
Lantas ruang-ruang sepi bingit
Bunyi detik jarum patah sayu kedengaran
Senyuman terukir penuh kesyukuran
Punya ruang tempat bersenda
Punya ruang bermain kata
Mungkin sepi tidak berkesudahan kerana terkadang malas menjelma
Abaikan sahaja pusingan besi mencuci alas
Mungkin ini syurga sebenar
Tempat mengalir air percuma
Tempat tidur beralas senja
Hari-hari kami bagai seribu rasa berjuta kata
Sungguh indah walau mendaki peluh terseksa jiwa memikir purnama yang bakal mendatang
Sekadar persinggahan anak pengembara 

No comments:

Post a Comment