Sunday 13 November 2011

helaian dunia


Tebarkan synopsis akhir
Pelbagai rantaian kosa kata dewan bahasa
Dari jiwa terjemahan ke jemari menghiasi ilusi manusia
Itu aku, mungkin kamu meraut kata dari mula
Ku sedar tinggi nilai ilmu bahkan agungnya pemikir kata
Sehingga penghujungnya diadaptasi oleh jiwa-jiwa yang berebut tangga teratas
Tinggi nya sanjungan dunia kepadamu
Mula kata insan tidak mengenal indahnya abjad
Aneh nya simbol mencipta nombor
Setiap bait kata mencipta sejarah
Mungkin tanpa mu tiada Bill Gates
Entah kapan kewujudan Margaret Thatcher kita kenali
Mana mungkin ada nya Albert Einstein dengan teorinya
Tiada bibir menyebut legenda P. Ramlee
Tiada siulan Siti Nurhaliza kita dengari
Ini semua mustahil tanpa mu
Manusia lupa bahkan mengabaikan kekuasaan mu merubah tragedi dunia
Pelbagai andaian luahan pandangan kutukan manusia jelmakan atas daras kebebasan penerbitan
Suatu hari, apa yang tinggal hanya kenangan tetapi tetap kami abadikan kepadamu
Mungkin tatkala semuanya musnah baru kami sedar betapa penting nya membaca helaian dunia 

No comments:

Post a Comment