Sunday 13 November 2011

Kemilau Bintang Gelap


sunyinya metropolitan tanpa kehadiranmu
sepi neon deruan angin kosong
mana dia medium perantaraan yang warga mu cari ini
hanya tinggal kicauan sayap-sayap patah, lambaian dedaun layu, kocakkan air sejernih tasik
kau tiang keutuhan, jalinan kasih sayang, payung kesusahan. deritaku mengertinya hanya kamu
tanpa penat menjengah kau masih disana, kini semua nya bagai siulan tanpa bunyi menyendiri rasa ini
kami penerus legasi keagungan mu
kami putarkan masa hadapan
kami nadi kota mu
kami harapan mu
hilangnya deruman kotak besi memutar roda meninggalkan sejuta rasa
aku..kau..dia..mereka..
kami beradu bersama merantai seputih kasih untaian kata keikhlasan hati
kami bina jalan damai
kami temani hari-hari tiada waras yang mampu mengerti
tanpa penat
kerana kami mengerti masanya akan tiba walau berjuta cubaan menepis..huh sekadar ilusi..

No comments:

Post a Comment