Sunday 13 November 2011

Alas sendi kota

Bumi ku tercinta
Tanah mendatar terkadang berlopak bukan mainan bibir alasan sejuta kata
Tidak ku hirau kerana terbukti kegilaan manusia terhadap diri mu bukan sekadar kata-kata nista
Tapi jelas kau mewarnai industri seni kau tarikan pelancong kau penyumbang ekonomi
Walau peranan mu hanya sekelumit jika dibanding dengan jutaan ciptaan lain
Mungkin kah bertemu legislatif tanpa kamu, oh kamu bukan Mahatma Gandhi
Bukan sekadar memuji tapi sedari dulu memang kau peneman duniawi
Membaluti sedekad sahabat setia bukan tugas mudah bagi mu
Kau lah penyebab penyakit
Kau lah punca rakan di China sakit
Tapi aneh nya, kau lambang kecantikkan
Kau simbol kekayaan
Walau kau terkadang punca penyelidik bingung memikir zarah-zarah mu
Kau dimana-mana dengan tugas berbeza peranan yang sama
Kau menjaring goal
Kau di pentas peragaan
Kau juga sekadar alas hotel mewah
Namun kau tetap peneman yang setia
Ingatkah kita, kau punca peperangan di Cambodia?
Kau bunuh warga kota
Kau silap, itu bukan diri mu
Kini, dunia berbeza dunia aman dengan kehadiran mu malahan mengagumi kewujudan mu.

No comments:

Post a Comment