Sunday 27 November 2011

perli

48 genap angka membilang detik penuh liku
hilai tawa sekadar selimut tebal kala kering rasa hati
khabarkan dunia bukan mudah sekadar kongsi duka lara
ketik jari jemari sayu duduk atas kerusi temani hari-hari membisu bahasa asing
detik berlalu laju
tidak mengubah saat pilu
binasa rasa hampa
lambakkan naskah temani hari-hari
satu tersungkur lagi menanti 5 kala kudrat masih berbaki sedikit
itu biasa
dengar cerita bukan kepalang tambah perih jiwa lara
bilang saja aku baik-baik walau hati diam seribu bahasa
keluhan kala diri di bumi yang satu jauh dari pandangan mata
tambah rasa sayu
lagi 24 menunggu andai saja ku tau masa hadapan aku ku kumpul sebanyak kudrat sepenuh jiwa
layari hari-hari mendatang tanpa rasa keluh
aku sekadar manusia biasa

Saturday 26 November 2011

seilu-ilu

noda kosa kata Malaysia
senjata tajam tumpul dari pena
berbisik masa 
bagai anak derhaka
bukan sekadar duka
bukan goda
hiba
rasa hampa
termenung pagi buta
lihat manusia lalu saja
ini kah nasib tidak terbela
ingin maju ikut kata
dunia kita kelam dari biasa
dulu rehat santai mandi manda
kini tinggal rasa tidak berdaya
kami ikut telunjuk bicara
bisa
pedih rasa duka
parut hingga ke dada
hinga kini tiada madah seindah bahasa

Saturday 19 November 2011

hening embun pagi kabus hati
tahun demi tahun nilai utuh pegangan diri
kau aku dulu bicara cita-cita cinta bisa lena
kenangan lepas lalu begitu resah gelisah jiwa diduga
duri tunjang hati madu diberi
nilai kekal jasa tak mampu terbalas
andai nafas nilainya ambil lah demi bayaran
seribu satu ceritera sendiri tidak kenal diri
kini sendiri lalui perih perit rasa hati
jujur siapa bisa tipu rasa hati
kini hadir insan baharu satu
mampu beri hilai tawa air mata bujang
lalui hari bersama tanpa sesal
maaf andai ku tidak seperti yang kau mahu
ku manusia biasa bisa khilaf
jika itu pilihan mu aku tetap disini walau jauh kinabalu dari santubong
beza pada bicara budaya
kalau itu suratan mari siratkan
kerna kita tidak bisa ubah prinsip
kau aku ......

Friday 18 November 2011

dunia kita cipta

pagi pekak buta mata
dulu surat sibuk postmen
kini email sibuk hilang password
dulu sungai mengalir bersih
kini pulas paip keluar angin
dulu minyak tanah pelita bakar hidung
kini kalimantang tidak bernyala
dulu panas kipas tiup
kini air-conditioning sakit sampai ke tua
dulu sembang kaki 5
kini sembang telefon bimbit nak reload pula
dulu kini ada beza
ini lah dunia yang kita cipta

Wednesday 16 November 2011

degil

Bunga Raya empat kelopak
baju carik sebelah
perahu bocor di tengah
dulu pandu laju hilai ketawa
kau kata kau setia
peluh darah kau tetap bersama
kini tinggal kata
dulu seloka zapin bersama
kini bunyi pun tiada
dengar kau menjengah
tombiruo tiada mata
kini sakit tidak terkata
mungkin ini hujung dunia

Monday 14 November 2011

duri-duri tumpul

langkah semangat jiwa bervisi
menuju jaringan jalan pertemuan kota
baju lusuh topi terbiar gadaian lawan suhu dunia
lamunan jemu pandang muka 50-an tergoda
mari maju lagi demi satu pengharapan
jalan buka lebar bukan sekadar alat 2 roda
deruman Celica deras pecut bagai tiada halangan
yakin, percaya simbol sudah dimata
masuk, tekan, gerak
kata sapa tapi dusta
aduhh..
gagahi langkah jumpa pahlawan di sukut jendela
loya mendengar apa lagi nak menjawab
mari kita pergi dengan sejuta harapan terkubur dek selingan madah penuh sindiran
lalui jalan sejarah 54 tahun lepas
kini engkau perjuangkan garisan kuning tapi kalas warna mata memandang
perih juga meminta dari memberi
itu kata putus pengharapan 
walau gagah nama dikertas
tersadai juga dihempap badai
mari kita cuba di warkah yang lain.

Sunday 13 November 2011

Tidak dapat ku tunggu


Tersergam indah simbol penuh dongengan
Mana ada puteri duyung senyum apa lagi duduk di pantai melihat birokrasi dunia
Ya jika benar tiada, kau kemari melihat indah kawasan panji-panji negara berkibar megah di persada
Di situ duduk ayu penuh kesabaran
Siang malam menunggu kehadiran putera impian
Kau tanah tumpah pewaris ku
Kawasan berbilang kaum bertukar persepsi bertukar resepsi
Ekonomi mu bervariasi bukan hanya nelayan bukan pesawah
Tapi kau juga kawasan tumpuan pelancong melihat indah nya hidupan alam sekitar
Tidak ternilai nilai-nilai yang kau wujudkan sejak bergenerasi dahulu
Dulu sekadar rumah-rumah papan indah menghiasi jalan-jalan mu
Kini rumah mewah kawasan perumahan maju berdiri
Politik mu sekadar simbol pelengkap sistem pemerintahan negara
Kerna hingga kini masih ramai yang buta di pagi hari pekak menjelang malam
Tapi tidak mengapa, kami aman kami damai
Dulu kini dan selamanya kau tetap dihati warga mu.

syurga ke tiga ku


Sapaan kata meruntum jiwa
Itu budaya bukan auta
Berbunyi loceng, tergerak nya pintu mahligai teratak indah
Kaki melangkah bagai kan sepoi-sepoi angin bahasa tiada dengusan atau rungutan
Lantas melucutkan sejuta debu nista kota menghiasi indah ciptaan Tuhan membawa badan melangkah
Bukan ringgit jadi nilai
Bukan emas sanggup digadai
Sekadar persinggahan sementara menghapus lelah di kota
Mungkin hanya beralas bumi beratap langit tapi ku syukuri hari-hari yang Kau berikan
Lantas ruang-ruang sepi bingit
Bunyi detik jarum patah sayu kedengaran
Senyuman terukir penuh kesyukuran
Punya ruang tempat bersenda
Punya ruang bermain kata
Mungkin sepi tidak berkesudahan kerana terkadang malas menjelma
Abaikan sahaja pusingan besi mencuci alas
Mungkin ini syurga sebenar
Tempat mengalir air percuma
Tempat tidur beralas senja
Hari-hari kami bagai seribu rasa berjuta kata
Sungguh indah walau mendaki peluh terseksa jiwa memikir purnama yang bakal mendatang
Sekadar persinggahan anak pengembara 

KF


Kau bundarkan titik-titik noktah menjadi lurus
Kau dedahkan semua isi rasa
Bahkan kau hidupkan api kemarahan utara
Sentiasa berlegar di pancaran sinar mata menjengah tidak kira masa
Ya, mungkin masa itu mereka tidak mengerti kewujudan mu
Sehingga masa nya kau terjatuh oleh kemashyuran mu sendiri
Ramai yang bersorak bahkan ramai juga yang mengeluh
Uhh.. mana lagi tempat kami mengadu bercanda berambeh
Tiada kisaran kincir yang memangkin nilai-nilai puitis pun kami mengeluh
Ini lah yang kau mahukan, melihat bahang dalam air
Mungkinkah ini punca teguh nya berdiri kota Babylon megahnya Taj Mahal utuhnya Tembok Besar China?
Tapi kau korbankan jutaan nyawa
Mungkin sekadar persamaan yang dinilai bukan dengan kertas usang bukan kepakaran
Tapi inilah kesan yang kau bawakan timbul di benak hati kami
Ada yang tersedar bahkan ramai lagi yang terlena
Mungkin ini sebelah muka mu
Antara caci ada juga suci nya
Kau temukan dua jiwa
Kau cantumkan perbedaan titik-titik hitam
Kau cantumkan ras-ras berbeza
Kau medium citrawarna pelbagai rasa
Kau teratak pemikir eksekutif kami mendekat jiwa
Mengapa harus dipandang sebelah muka jika jiwa tetap sekeras batu?
Jambatan jiwa-jiwa di utara barat selatan timur berpadu menekan abstrak
Diakhiri dengan rasa berbeza setiap karya terindah dunia
Ku palitkan arang di muka buku ku

Kemilau Bintang Gelap


sunyinya metropolitan tanpa kehadiranmu
sepi neon deruan angin kosong
mana dia medium perantaraan yang warga mu cari ini
hanya tinggal kicauan sayap-sayap patah, lambaian dedaun layu, kocakkan air sejernih tasik
kau tiang keutuhan, jalinan kasih sayang, payung kesusahan. deritaku mengertinya hanya kamu
tanpa penat menjengah kau masih disana, kini semua nya bagai siulan tanpa bunyi menyendiri rasa ini
kami penerus legasi keagungan mu
kami putarkan masa hadapan
kami nadi kota mu
kami harapan mu
hilangnya deruman kotak besi memutar roda meninggalkan sejuta rasa
aku..kau..dia..mereka..
kami beradu bersama merantai seputih kasih untaian kata keikhlasan hati
kami bina jalan damai
kami temani hari-hari tiada waras yang mampu mengerti
tanpa penat
kerana kami mengerti masanya akan tiba walau berjuta cubaan menepis..huh sekadar ilusi..

helaian dunia


Tebarkan synopsis akhir
Pelbagai rantaian kosa kata dewan bahasa
Dari jiwa terjemahan ke jemari menghiasi ilusi manusia
Itu aku, mungkin kamu meraut kata dari mula
Ku sedar tinggi nilai ilmu bahkan agungnya pemikir kata
Sehingga penghujungnya diadaptasi oleh jiwa-jiwa yang berebut tangga teratas
Tinggi nya sanjungan dunia kepadamu
Mula kata insan tidak mengenal indahnya abjad
Aneh nya simbol mencipta nombor
Setiap bait kata mencipta sejarah
Mungkin tanpa mu tiada Bill Gates
Entah kapan kewujudan Margaret Thatcher kita kenali
Mana mungkin ada nya Albert Einstein dengan teorinya
Tiada bibir menyebut legenda P. Ramlee
Tiada siulan Siti Nurhaliza kita dengari
Ini semua mustahil tanpa mu
Manusia lupa bahkan mengabaikan kekuasaan mu merubah tragedi dunia
Pelbagai andaian luahan pandangan kutukan manusia jelmakan atas daras kebebasan penerbitan
Suatu hari, apa yang tinggal hanya kenangan tetapi tetap kami abadikan kepadamu
Mungkin tatkala semuanya musnah baru kami sedar betapa penting nya membaca helaian dunia 

bimbit keriangan


Deringan bingit membangunkan lena tidur
Lantas bergerak minimal menbuka tirai mata
Indah nya pagi bersinar sang suria
Abstrak-abstrak kata pembuka bicara insan tercinta
Ucapan pagi penyeri muka
Kuasa bukan suria tapi tenaga
Kau titik jutaan ringgit
Kau bernyawa dengan duit
Kau penghubung utara selatan
Dulu kau kemewahan kini sekadar barang taruhan
Tanpamu wajar lagi guna asap guna burung
Mungkin tiada hilai tawa comel
Tiada kata meracun bahasa
Bukan sekadar saksi rakam gambar
Kau langkah dunia binasa
Mungkin ini andaian kata pendekar bahasa
Jelas dunia memerlukan engkau

Alas sendi kota

Bumi ku tercinta
Tanah mendatar terkadang berlopak bukan mainan bibir alasan sejuta kata
Tidak ku hirau kerana terbukti kegilaan manusia terhadap diri mu bukan sekadar kata-kata nista
Tapi jelas kau mewarnai industri seni kau tarikan pelancong kau penyumbang ekonomi
Walau peranan mu hanya sekelumit jika dibanding dengan jutaan ciptaan lain
Mungkin kah bertemu legislatif tanpa kamu, oh kamu bukan Mahatma Gandhi
Bukan sekadar memuji tapi sedari dulu memang kau peneman duniawi
Membaluti sedekad sahabat setia bukan tugas mudah bagi mu
Kau lah penyebab penyakit
Kau lah punca rakan di China sakit
Tapi aneh nya, kau lambang kecantikkan
Kau simbol kekayaan
Walau kau terkadang punca penyelidik bingung memikir zarah-zarah mu
Kau dimana-mana dengan tugas berbeza peranan yang sama
Kau menjaring goal
Kau di pentas peragaan
Kau juga sekadar alas hotel mewah
Namun kau tetap peneman yang setia
Ingatkah kita, kau punca peperangan di Cambodia?
Kau bunuh warga kota
Kau silap, itu bukan diri mu
Kini, dunia berbeza dunia aman dengan kehadiran mu malahan mengagumi kewujudan mu.

Sibu - Sibu Jaya - Shah Alam

kota ketandusan kepingan wajah pendukung demokrasi jadi sandaran
partikel debu noda menempel di wajah penat tiada batas
pusat tumpuan 570 warga Mac 1901
ketika Wong Nai Siong sibuk terokai Lembah Rajang
sekarang monumen Sungei Merah kala kaya generasi abad ke 19
lihat peta nun sana dataran besar, bangunan jangkau rentas Sarawak
bangga kami Kampua sampai Khersonese Emas
kota Angsa liku nama penuh rona
sekarang kota kecil penuh lampu 3 warna
sarat bangunan gelap lampu sisip atas siling
bangga kami bernama bandar satelit tapi kapan?
kertas putih dakwat hitam dalam peti
anda diterima ke...
...dunia ku kini satu harapan baru
metropolitan 3 saat
senyuman, udara, cahaya
bilamana semua lihat saingan, kekadang lupa nilai kemanusiaan
mungkin Sydney, Santiago, Sunda selepas ini..