Sunday 13 November 2011

KF


Kau bundarkan titik-titik noktah menjadi lurus
Kau dedahkan semua isi rasa
Bahkan kau hidupkan api kemarahan utara
Sentiasa berlegar di pancaran sinar mata menjengah tidak kira masa
Ya, mungkin masa itu mereka tidak mengerti kewujudan mu
Sehingga masa nya kau terjatuh oleh kemashyuran mu sendiri
Ramai yang bersorak bahkan ramai juga yang mengeluh
Uhh.. mana lagi tempat kami mengadu bercanda berambeh
Tiada kisaran kincir yang memangkin nilai-nilai puitis pun kami mengeluh
Ini lah yang kau mahukan, melihat bahang dalam air
Mungkinkah ini punca teguh nya berdiri kota Babylon megahnya Taj Mahal utuhnya Tembok Besar China?
Tapi kau korbankan jutaan nyawa
Mungkin sekadar persamaan yang dinilai bukan dengan kertas usang bukan kepakaran
Tapi inilah kesan yang kau bawakan timbul di benak hati kami
Ada yang tersedar bahkan ramai lagi yang terlena
Mungkin ini sebelah muka mu
Antara caci ada juga suci nya
Kau temukan dua jiwa
Kau cantumkan perbedaan titik-titik hitam
Kau cantumkan ras-ras berbeza
Kau medium citrawarna pelbagai rasa
Kau teratak pemikir eksekutif kami mendekat jiwa
Mengapa harus dipandang sebelah muka jika jiwa tetap sekeras batu?
Jambatan jiwa-jiwa di utara barat selatan timur berpadu menekan abstrak
Diakhiri dengan rasa berbeza setiap karya terindah dunia
Ku palitkan arang di muka buku ku

No comments:

Post a Comment