Monday 19 December 2011

DUKA

jangan biar pulau jadi gunung
jangan biar tupai tertempek atas tanah
jangan rasa tuba manis dari gula
jangan bicara kayangan jika sama bunian
pena hitam membunuh sekejam teknologi
bila naskah ilmu suci digoda ternoda undang-undang
kau lupa dunia berputar
seketika suka selamanya duka
bila perih saya kau curah cuka lemas separuh nyawa
tinggi jiwa kepal rasa dengki membunuh kecintaan rasa cinta
bilamana kota agung runtuh kerana kuda kayu
dasar percaya luruh bagai ranting layu
kala bunyi sudah jadi musuh
diam berharga belian
kisah dongengan

No comments:

Post a Comment